halu...ne sekadar berkongC ja ya gpon aku copy paste ja ne dari satu laman web ne...tetiba berminat pula ye ma tajuknya so bersama la kita baca ye~
Tahukah kenapa cincin
perkahwinan disarungkan pada jari manis, bukan di jari lain? Mesti ada sebabnya
bukan? Ok, untuk mengetahuinya, cuba lakukan aktiviti di bawah.
1. Satukan kedua
tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya
dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.
2. Kemudian, cuba buka
ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.
Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga
akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
3. Tutup kembali ibu
jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita
(abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan
meninggalkan kita suatu hari nanti.
4. Sekarang tutup jari
telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili
anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana
mereka harus berkeluarga sendiri.
5. Selanjutnya, tutup
jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan
cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak
boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda
dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.
Apa yang cuba
diketengahkan ialah nilai pengajaran. Mungkin ianya cuma mitos, rekaan, atau
sekadar kebetulan. Aku pun tak pasti kenapa jari hantu mesti dilekukkan ke
dalam macam tu. Mungkin juga sebab jari hantu sering digunakan sebagai isyarat
lucah? Heheh.. Tapi, apa salahnya jadikan ia sebagai iktibar. Selagi kita
hidup, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Diharapkan anda semua
dapat apa yang cuba disampaikan. InsyaAllah..
Sumber:
http://www.solihinzubir.com/2010/09/memakai-cincin-mengikut-sunnah.html
~sharing is caring~